Tuesday, February 24, 2009

Pemasaran dalam industri halal.


Sejak manusia hidup bermasyarakat, muamalat merupakan suatu kemestian. Muamalat bermaksud berurusan atau berinteraksi sesama ahli masyarakat. Pada hari ini kemahiran pemasaran semakin diperlukan oleh setiap organisasi, tidak kurang juga kepada syarikat perniagaan untuk meneruskan kegiatan mereka dalam persekitaran yang semakin mengancam dan dinamik.

Tidak dinafikan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara kita adalah pesat. Dalam kepesatan ini terdapat pertumbuhan yang tidak seimbang antara industri yang dihalalkan dan diharamkan oleh Agama Islam. Persoalan produk yang dimakan atau digunakan samada halal atau haram adalah amat sensitif.

Melihat dari segi pasaran barangan halal, Malaysia sebenarnya mempunyai kelebihan untuk bersaing samada untuk pasaran domestik mahupun global kerana kelebihannya dari segi permintaan, sokongan kerajaan dan kos mendapatkan logo halal. Sebagai sebuah negara yang melebihi separuh penduduknya beragama Islam, Malaysia sepatutnya tidak menghadapi masalah memasarkan barangan halal untuk permintaan domestik

Dalam konsep pemasaran , pemasar adalah orang yang mencari sumber daya dari orang lain dan mahu menawarkan sesuatu yang bernilai untuk barangan atau perkhidmatan yang ditawarkanitu. Pemasar juga dapat diertikan sebagai seseorang yang mencari tanggapan (perhatian, pembelian, pemberian pendapat, sumbangan) dari pihak lain yang disebut prospek.

Jika dua pihak itu saling berusaha untuk menjual sesuatu kepada yang lain, kita menyebut keduanya pemasar(marketers).Tugas seorang pemasar adalah membentuk pasar dan menciptakan pasar.

Pasaran industri halal boleh menjadi peluang keemasan baru bagi negara yang boleh membaca peluang. Menurut statistik, pasaran industri halal dunia mencapai nilai lebih dari 600 juta dolar AS dengan populasi pasar penduduk Muslim sendiri (captive market) sekitar 1,6 juta orang. Kerena itu negara-negara Muslim utama bersedia secara khusus meningkatkan pelaburannya di sektor industri halal ini.

Sektor ini tidak hanya besar dan memiliki nilai perniagaan, tetapi juga sebagai fardhu kifayah bagi Muslim.

Perkara penting yang utama ialah mewujudkan kesedaran tentang kepentingan produk halal di pasaran antarabangsa, membentuk rangkaian kerjasama serta dapat mengaut keuntungan yang lumayan di antara industri pengeluar produk halal terbesar di dunia, di samping menyediakan maklumat yang jelas tentang faedah yang diperolehi dari 'Jenama Halal' bagi membantu pengeluar-pengeluar produk tempatan untuk memasarkan produk halal mereka di arena antarabangsa.

Selain itu ia juga bertujuan untuk memberi maklumat kepada pengusaha-pengusaha tempatan tentang kepentingan produk halal di pasaran antarabangsa, selain mewujudkan kesedaran kepada pengusaha-pengusaha dan orang ramai mengenai komitmen negara dalam menangani kepentingan isu-isu pengeluaran, pengiktirafan dan pasaran makanan halal.

Di samping usaha pemasaran bertujuan untuk mempromosikan barangan yang diniagakan usaha untuk meningkatkan kefahaman pengguna mengenai konsep halal serta menyedari potensi konsep halal sebagai satu simbol kualiti dan keselamatan yang bertaraf antarabangsa juga perlu dipertingkatkan.

Apabila kita bercakap tentang barangan halal keluaran Muslim tempatan, ada perkara besar perlu dihalusi dan di teliti. Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila melihat ramai pengeluar Muslim yang mampu mengeluarkan barangan sendiri tetapi gagal memasarkannya.

Persoalanya mengapa masih gagal memasarkannya lebih-lebih lagi dalam negara sendiri yang mempunyai jumlah penduduk Islam seramai lebih 20 juta

Pengguna berhadapan dengan pelbagai jenis barangan, maka aspek penjenamaan dapat memudahkan proses pemilihan barangan.

Antara yang boleh dilakukan ialah membina jalinan kerjasama membangunkan satu rangkaian pengedaran pasaran barangan Halal keluaran Muslim tempatan.

Industri makanan halal bukannya baru dalam negara kita tetapi penyertaan orang Melayu adalah terlau kurang. Agensi-agensi Kerajaan yang ada kaitan dengan orang-orang Melayu untuk membaiki ekonomi mereka setelah mencari peluang supaya mereka dapat menyertai dalam industri makanan halal dan juga barang-barang berkaitan dengannya mesti memberi bantuan dan sokongan. Setelah mengenal satu-satu industri maka agensi tersebut terpaksa membawa beberapa orang Melayu untuk ditunjuk ajar supaya mereka dapat menjalankan urusan perniagaan yang mereka pilih dengan keadaan yang memuaskan.

Kunci kepada kejayaan perniagaan untuk mengukuhkan keupayaan ialah memahami kehendak pelanggan dan tahu bagaimana untuk memenuhi kehendak pelanggan lebih baik dari persaing. Aspek aspek pemasaran sangat penting peniaga untuk berjaya, ianya mencakupi aspek perkhidmatan sebelum jualan, perkhidmatan semasa jualan dan perkhidmatan selepas jualan yang dilihat berpotensi untuk member kesan signifikan terhadap jualan dan prestasi kewangan perusahaan makanan

Kerajaan-kerajaan Negeri ada yang telah menetapkan kawasan untuk perusahaan makanan halal dan ada pula Kerajaan Negeri yang telah membina kawasan-kawasan tersebut. Sebagai contohnya Kerajaan Selangor bersetuju ke atas cadangan penubuhan Hab Halal Antarabangsa Malaysia (MIHH) yang akan dibangunkan oleh sebuah syarikat swasta dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Johan Setia,

Kerajaan negeri itu juga akan membeli tanah seluas 800 hektar (2,000 ekar) di Johan Setia, melibatkan peruntukan kira-kira RM160 juta.

Kesungguhan kerajaan dalam usaha menjadi pusat pengeluaran produk halal terserlah dalam bajet 2005, apabila kerajaan memperuntukkan Dana Khas Pembangunan dan Promosi Produk Halal dengan peruntukan sebanyak RM 10 juta. Dana digunakan bagi membantu membiayai kajian perancangan perniagaan, pembangunan teknologi dan pasaran serta peningkatan produktiviti dan kualiti untuk memperolehi pensijilan antarabangsa dan pembangunan pasaran eksport. Di samping menyediakan berbagai-bagai insentif untuk menarik minat pihak swasta bagi bersama-sama mengeluarkan produk yang selaras dengan kehendak syarak, berkualiti tinggi dan mencapai standard antarabangsa.

Di sini adalah mustahak agensi-agensi kerajaan yang tersebut menyediakan kepada bakal-bakal penanam modal Melayu Muslim latihan dan tunjukajar supaya mereka tahu apa yang sebenarnya peranan mereka sendiri mengujudkan satu perusahaan makanan halal.

Mengambil kesempatan dengan pengiktirafan yang diberikan oleh masyarakat dunia yang melihat Malaysia sebagai pengeluar makanan halal utama.

Sijil halal sahaja tidak mencukupi untuk mengembangkan sebarang perniagaan samada di Malaysia ataupun di luar negara.

Pelbagai faktor diperlukan untuk mencapai kejayaan di dalam perniagaan - termasuklah, kemahiran pengurusan pemasaran, kakitangan yang cekap, sumber kewangan yang kukuh, produk dan perkhidmatan yang unggul, serta pelanggan yang ramai dan setia.

Strategi pemasaran adalah rangkaian tindakan terpadu menuju keunggulan kompetitif yang berterusan. Faktor-faktor yang mempengaruhi strategi pemasaran adalah

(1) faktor mikro, iaitu perantara pemasaran, pegimpot, pesaing dan masyarakat,

(2) faktor makro, iaitu demografi/ekonomi, politik/undang-undang , teknologi dan sosial/budaya.

Strategi dan campuran pemasaran dari sudut pandangan penjual (4 P) adalah tempat yang strategis (place), produk yang bermutu (product), harga yang kompetitif (price) dan promosi yang gencar (promotion). Sedangkan dari sudut pandang pelanggan (4 C) adalah kehendak dan keinginan pelanggan (customer needs and wants), biayaan pelanggan (cost to the customer), keselesaan (convenience) dan komunikasi (comunication).

Tujuan akhir dan konsep serta strategi pemasaran adalah kepuasan pelanggan sepenuhnya (Total Customer Statisfaction).

Kepuasan pelanggan sepenuhnya bukan berarti memberikan kepada apa yang menurut kita keinginan dari mereka, tetapi apa yang sesungguhnya mereka inginkan serta bila dan bagaimana mereka inginkan. Atau secara mudahnya adalah memenuhi keperluan pelanggan.

Untuk mendidik masyarakat Islam terus menyokong produk bumiputera Islam bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi selama bertahun-tahun kita biasa dengan produk-produk yang tidak tentu soal halal dan haramnya.

Malah masih ramai yang membandingkan baik dari segi rasa, harga dan banyak lagi dengan produk yang sudah lama berada di pasaran.

Disini terletaknya tanggungjawab penting pemasaran untuk menggalakkan masyarakat Islam perlu memulakan langkah dan mengubah mentaliti menyokong produk keluaran umat Islam sendiri.

Barangan yang dihasilkan mestilah bermutu, bersih dan juga selamat kepada pengguna. Jenama atau brand yang dipasarkan juga mestilah menarik dan boleh dipercayai.

Selain daripada itu, perkhidmatan seperti perkhidmatan pelanggan ataupun perkhidmatan penghantaran dan lain-lain perkhidmatan perlulah di lakukan dengan cekap dan pengurusan secara umum mestilah baik.

Isu dayasaing dan strategi terbaik memasarkan barangan akhir yang berkualiti sememangnya telah menjadi topik yang sekian lama dibincangkan di peringkat antarabangsa. Salah satu strategi positif yang dipersetujui ialah mengujudkan satu sistem piawai yang diiktiraf dunia seperti HACCP, ISO 9000, GMP, TQM, bagi memastikan barangan yang memenuhi piawai ini mendapat pasaran yang lebih luas. Namun begitu, bagi pengguna Islam yang mementingkan aspek ‘halal’ dan kesucian produk, standard mutu sahaja masih tidak menjanjikan barangan tersebut boleh diguna atau dinikmati mengikut perspektif syariah.

Bagi pemasaran ke luar negara pula, para peniaga mestilah mematuhi syarat-syarat import yang diwajibkan dan keutamaan yang diberikan oleh negara di mana barangan mereka ingin dipasarkan. Antara syarat dan keutamaan yang lazim adalah pensijilan kebersihan seperti HACCP dan juga ISO.”

Makanan halal bukan sahaja dicari oleh kira-kira 1.5 bilion penduduk Islam di seluruh dunia tetapi juga ia dicari oleh penduduk dunia dari pelbagai bangsa dan agama yang mencari makanan yang bersih dan suci,

Pelancaran Standard Malaysia Untuk Makanan Halal (MS 1500:2004) yang dibangunkan di bawah Sistem Pembangunan Standard Malaysia merupakan titik awal Malaysia untuk membangunkan piawaian halal antarabangsa. Malah, MS1500:2004 meliputi penyediaan makanan halal yang mengambil kira dari segi pengeluaran, penyediaan, pengawalan dan penyimpanan

Berdasarkan kepada maklumat permohonan syarikat untuk mendapatkan pensijilan dan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), bilangan terbesar permohonan diterima daripada syarikat bukan bumiputera.

Ini dapat diperhatikan menerusi jadual berikut:

Maklumat Permohonan Syarikat Untuk Persijilan dan Logo Halal JAKIM

Bumiputera

%

· Multinasional

126

31

· Ind. Kecil Dan Sederhana

591

37

  • Industri Kecil

823

42

Non-Bumiputera

%

  • Multinasional

282

69

  • Ind. Kecil Dan Sederhana

1014

63

· Industri Kecil

1141

58

Jenis Permohonan


Produk

4572


Premis

857


Rumah Sembelih

99






Sumber: http://www.halaljakim.gov.my/islamicbody.php

Apa yang jelas pengusaha-pengusaha bukan Islam telah maju begitu jauh ke hadapan dalam segi pengeluaran dan pemasaran barangan halal ini. Mereka terlebih dahulu membuat kajian kemungkinan pasaran berbanding orang Islam sendiri dan berdasarkan kepada kajian kemungkinan tersebut mereka melaksanakan langkah-langkah yang berkesan untuk menguasai pasaran yang ada di negara Islam.

Penentuan halal dan haram melalui logo tanda halal masih belum dapat meningkatkan dayasaing domestik mahupun global, sekiranya pengguna Islam masih belum boleh diyakinkan seratus peratus akan kesucian setiap proses yang terlibat dari awal hinggalah kepada pengiktirafan logo halal dan suci diberikan.

Kalau di teliti dari aspek pengurusan pemasaran perbezaan antara dua pendekatan ternyata pendekatan pemasaran Islam menekankan pemasaran dalam luanglingkup jaminan Halal manakala pemasaran konvensional pula lebih kepada pendekatan pemasaran menghalalkan cara.

Pemasaran Islam berteraskan prisip Ihsan yang mengambilkira keadilan di setiap peringkat , telus dan berdaya saing, bebas dari gimik, perangkap dan penindasan serta sesuai dengan kehendak dan cabaran masa.

Matlamat pemasaran ialah memuaskan hati kehendak dan keperluan pelanggan atau pengguna, tetapi jika diselusuri maka akan kita temuai bahawa pemasaran Islam adalah lebih syumul dimana jika dilihat dari aspek dan matlamat perniagaan yang sebenarnya adalah untuk mencapai kejayaan di dunia dan lebih utama di akhirat.

Maka tugas untuk memastikan pengeluaran dan pemasaran barang halal bukan sahaja bertujuan untuk mencapai kepentingan ekonomi tetapi ia lebih kepada kepentingan umah

Kita tidak sepatutnya hanya menumpu kepada piawaian persijilan, sebaliknya, perlu memberi keutamaan kepada pemprosesan, penyediaan dan pengangkutan makanan.

Proses dari awal ke akhirlah yang menentukan kesahihan makanan halal itu - dan perkara ini tidak boleh dipandang remeh . Pemasaran perlu memainkan langkah aktif untuk " Inform, Persuade and Remind" supaya fungsi pemasaran dapat membantu kearah menjadikan Malaysia sebagai hab halal global.